Organisasi Jawatankuasa 2014

kakitangan

Imam:
1) Imam 1: Mejar (B) Mohd Hadzri Bin Harom
2) Imam 2: Hj Ahmad Nawawi Bin Yaacob
3) Imam 3: En Samsuri Bin Ismail

Bilal:
1) Bilal 1: Abdul Ghani Bin Rahmat
2) Bilal 2: Hj Ismail Bin Tarmudi
3) Bilal 3: Hj Rahim Bin Othman
4) Bilal 4: Hj Manan Bin Atan

Noja:
1) Noja 1: En. Samid Bin Rashidi
2) Noja 2: En. Jawahir Bin Abdullah
3) Noja 3: Hj Hassan Bin Jantan

BIODATA JAWATANKUASA DAN KAKITANGAN

Tn Hj Ramlee Bin Ramlan
(Pengerusi)

Tn Hj Ramlee Bin Ramlan
(Pengerusi)
Pengerusi Al Muhajirin semenjak 2002 hinga sekarang. Meneruskan usaha-usaha En Abd. Latif B. Ismail (1993~1996), Tn Hj Yahya B. Hamzah (1996~1998) dan En Arifin Topandi (1998~2001). Bergiat dalam Pertubuhan dan kemasyarakatan. Pengerusi Surau Al Muhajirin, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Yayasan Fasa 1, Jawatankuasa UMNO Bahagian Segamat. Berjaya menyatukan penduduk walaupun mereka memegang pelbagai fahaman politik. Masih lagi menjadi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sepang Loi. Di bawah kepimpinan dan kapasiti beliau, banyak perubahan dan kejayaan di capai oleh Surau Al Muhajirin. Surau ini mendapat johan Anugerah Surau Cemerlang Daerah Segamat, 2003 dan sekali lagi mengulanginya menjadi Johan Anugerah Surau Cemerlang peringkat Daerah Segamat dan Johan Anugerah Surau Cemerlang Peringkat Negeri Johor 2007 yang di anjurkan oleh Jabatan Agama Islam, Johor.

En Abdul Rahman Bin Mohd
(Setiausaha)

En Abdul Rahman Bin Mohd
(Setiausaha)
Setiausaha Al Muhajirin, Pentadbir di sebuah kolej Teknikal di Melaka. Bergiat dalam Pertubuhan kemasyarakatan saperti Pengerusi Rukun Tetangga Taman Yayasan, Pengerusi PIBG KEMAS, Ahli RELA, Pengerusi Tetap, UMNO dan Chief Masak dalam majlis kenduri kahwin yang berlangsung dalam taman ini.

En Samid Rashidi
Noja
(Penolong Setiausaha)

En Samid Rashidi
Noja
(Penolong Setiausaha)
Penolong setiausaha dan noja Surau Al Muhajirin, Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Dato Wan Idris, Segamat. Banyak bergiat dalam kegiatan masyarakat. Dalam majlis kenduri kahwin beliau di gandingkan dengan Cikgu Jawahir serta En Hamzah sebagai pembuat air minuman. Bancuhan yang sekali cuba pasti tidak lupa.

Mejar (B) Mohd Hadzri Bin Harom
Imam 1
(Biro Membudayakan Quran dan Tahmir Mesjid)

Mejar (B) Mohd Hadzri Bin Harom
Imam 1
(Biro Membudayakan Quran dan Tahmir Mesjid)
Mejar (B) Mohd Hadri Bin Harom mempunyai pengalaman luas berkaitan kemasyarakatan hasil pengalaman dalam angkatan bersenjata dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua jemaah. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, yang di ikat dengan didikan agama sejak kecil lagi. Beliau juga di lantik sebagai jawatankuasa bagi Biro Membudayakan Quran dan Tahmir.

Ustas Hj Ahmad Nawawi Bin Yaacob
Imam 2
(Biro Pendidikan, Dakwah dan Penerbitan).

Ustas Hj Ahmad Nawawi Bin Yaacob
Imam 2
(Biro Pendidikan, Dakwah dan Penerbitan).
Seorang Pensyarah di Uitm, dalam Jabatan Kefahaman Islam. Pendakwah bebas dan ahli Kesatuan Penulis. Pernah menerbitkan novel semasa beliau bertugas di Sabah. Di surau agak aktif menganjurkan bengkel dan kem bagi membimbing anak-anak dan remaja. Seorang DJ yang di sanjungi oleh penduduk taman ini bagi sama-sama memeriah majlis perkahwinan mereka. Seorang yang berjiwa remaja dan di senangi oleh semua peringkat umur.

En Samsuri Bin Ismail
Imam 3
(Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan)

En Samsuri Bin Ismail
Imam 3
(Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan)
Seorang Kontrator dalam bidang perkhidmatan, Imam 3 di Surau Al Muhajirin. Anggota tukang masak dalam majlis kenduri perkahwinan di taman ini. Membekal tempahan makanan terutama untuk majlis kenduri yasin dan tahli yang di anjurkan oleh surau.

En Jawahir Abdullah
Noja

En Jawahir Abdullah
Noja
Jawahir Abdullah. Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Batu Annam, Segamat. Telah lama berkhidmat sebagai kaki tangan sejak tahun 2003. Lebih banyak kerja dari bercakap.

Tn Hj Ali Bin Arshad
(Biro Kebersihan & Kecerian)

Tn Hj Ali Bin Arshad
(Biro Kebersihan & Kecerian)
Menyumbang idea-idea yang konstruktif dalam setiap perjumpaan dan Mesyuarat Agong yang di adakan.

Pn Hajjah Rafeah Bte Jaafar
(Biro HELWA)

Pn Hajjah Rafeah Bte Jaafar
(Biro HELWA)
Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Wanita, merangkap Ketua Perkumpulan Yasin Wanita Taman Yayasan Fasa 1, Ketua Wanita UMNO Cawangan Taman Yayasan, Jawatankuasa Rukun Tetangga, Penasihat Kelas Pendidikan Dan Kesahjeteraan Keluarga.

Tn Hj Mohamed Isa Bin Darwee
(Juru Kira)

Tn Hj Mohamed Isa Bin Darwee
(Juru Kira)
Seorang kontraktor perkhidmatan.
No posts.
No posts.